Lesung Batu (atau juga disebut lumpang) adalah tempat untuk
menumbuk yang terbuat dari batu bulitan (keras) sebagai warisan budaya prasejarah
dari zaman megalitikum.Lesung batu merupakan lesung yang diperbuat daripada
batu yang sering digunakan pada suatu masa dahulu bagi menumbuk ramuan untuk
memasak. Ia merupakan satu kemestian bagi setiap rumah untuk memilikinya, dan
sering kali digunakan bagi menumbuk antara lain, sambal belacan. Ia dianggap
sebagai peralatan dapur yang asas selain pisau, periuk dan sebagainya.
Ia digunakan di serata membuat lesung batu berbeza tetapi
rekaannya hampir sama dan stabil sepanjang zaman walaupun ia datang dalam
pelbagai saiz, bentuk, berat dan komposisi. Kelainan-kelainan ini penting,
bergantung kepada kegunaan utamanya. Ia sangat popular digunakan oleh
masyarakat desa untuk membuat pelbagai juadah atau bahan masakan dan juga
ubat-ubatan.Kebolehannya untuk menyerap, menguatkan dan mengeluarkan kembali
rasa bahan-bahan yang ditumbuk adalah satu daripada keunikannyadunia sejak zaman
gangsa (atau mungkin sebelumnya) lagi. Walaupun bahan yang digunakan untuk.
Ia popular terutama sekali di Asia Tenggara dimana pada
kebiasaannya ia digunakan untuk menumis atau menumbuk rempah dan perasa masakan
seperti gulai. Di barat ia biasanya dikenali sebagai 'mortar and pestle' dan mempunyai
kegunaan yang hampir serupa walau bergantung kepada keadaan dan budaya
masyarakat setempat.
Penggunaannya mudah, cepat dan tidak memerlukan kuasa
eletrik. Ia juga boleh dijadikan senjata. Pada kebiasaannya, lesung sangat
sukar pecah, rapuh atau retak kecuali pada keadaan-keadaan ekstrem tertentu.